Pada Suatu Cinta Dahulu

2:34:00 PTG


Filem Pada Suatu Cinta Dahulu arahan Hashim Rejab mampu membuat penonton mengimbas kembali kenangan sewaktu berada dialam sekolah dulu. Filem romantik komedi yang menerapkan kisah cinta dizaman sekolah. Cerita yang agak santai dan sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat dan diselitkan dengan babak romantik/cinta yang mudah diterima. Gelagat cinta monyet yang cuba disampaikan mampu membuat anda ketawa dalam masa yang sama teringat kembali kenangan sewaktu anda berada dialam persekolahan. Ianya diterajui sendiri oleh pelakon Intan Ladyana, Nizam Zaidi dan Wawa Zainal. Sinopsis Filem Pada Suatu Cinta Dahulu Ianya mengisahkan tentang diri Zainal yang agak tertekan dengan alam perkahwinan dimana ianya tidak seperti yang dia harapkan sekarang ini.Sewaktu mengikuti sesi kaunseling, ia membuatkan dia mengingati kembali tentang memori silamnya. Pada 18 tahun yang lalu, Ketika di alam persekolahan, Zainal terkenal dengan kenakalannya bersama dengan rakan baiknya sewaktu berada ditingkatan 4. Sewaktu itu Zainal mempunyai seorang kekasih yang bernama Nora. Sikap Nora yang lurus bendul membuatkan Zainal mula bosan. Dalam masa yang sama Nora sentiasa nampak habiskan masa dengan lelaki lain. Ini menyebabkan Zainak bertindak diluar kawalan sehinggakan dia digantung sekolah.Tempoh digantung sekolah ini digunakan Zainal untuk enjoy dan terlibat dengan satu kejadian di gerai cendol Kejadian ini memperkenalkan Zainal dengan Azura, seorang gadis yang cute dan pendek yang juga kena gantung sekolah akibat bergaduh. Hampir setiap hari mereka berjumpa membuatkan Zainal semakin hari semakin menyukai sikap Azura yang selamba itu. Namun segalanya berubah apabila Zainal mengetahui Azura sentiasa mengelak untuk berjumpa dengannya sewaktu Zainal jatuh hati kepadanya. Apakah yang terjadi kepada Zainal? Kenapa Azura menghilangkan diri? Semuanya akan terjawab dalam filem romantik komedi, ’Pada Suatu ‘Cinta’ Dahulu’.

Jom tengok Trailer Pada Suatu Cinta Dahulu

                                           



Nanti korang buka link kat atas tu.Korang scroll bawah sikit.Sampai jumpa macam gambar kat bawah ni.Korang kena tunggu 20 saat nnati dia ada lah cite tu.




You Might Also Like

0 comments

Review



THEJUNNI

Like us on Facebook

Giveaway



2016


11.1.2017


2016


31.12.2016